Kehidupan Seorang Pelajar

 

Isnin,

Bangun pagi berus gigi,

Pergi ke sekolah dengan badan yang letih,

Membawa bersama buku yang berat.

 

Selasa,

Berasa bersemangat untuk belajar,

Menjejak ke sekolah dengan penuh yakin,

Mengejar mesa untuk membaca dan menyiapkan kerja rumah,

Tidur lewat kerana tidak dapat habiskan kerja.

 

Rabu,

Lari cepat ke sekolah,

Untuk meneruskan kerja rumah yang tidak habis-habis,

Letih sehingga tidur dalam kelas,

Tidur sebaik sahaja balik ke rumah.

 

Khamis,

Banyak eksperimen untuk dibuat,

Ada yang berjaya dilakukan,

Adanya tidak,

Namun kami berasa seronok,

Bekerja bersama-sama dan bergurau senda di makmal.

 

Jumaat,

Ah, hari terakhir untuk belajar minggu ini,

Alangkah baiknya,

Berhimpun di padang mendengar pesanan pengetua,

Jangan!Esok ganti kelas lagi!

 

Sabtu,

Datang ke sekolah dengan tidak senang hati,

Berasa malas, tidak bersemangat dan tidak berprihatin terhadap pelajaran.

Akhirnya tibalah masa untuk sekolah tamat,

Berasa lega tetapi mengesal kerana tidak belajar bersungguh-sungguh,

Tamatlah persekolahan saya untuk seminggu.